Tuesday 23 June 2015

Produk Terlaris 2015

Alhamdulillah..syukur masih lahi diberi ruang dan masa utk terus berkongsi dan berdiskusi dengan anda semua.

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua terutama kepada mereka yang berhajat untuk memulakan perniagaan sendiri pada tahun 2015.Mungkin masih tertanya di benak fikiran, apakah produk yang aku nak pasarkan? apakah produk yg sesuai untuk aku mulakan?...

Inilah persoalan utama yang melanda individu individu yg berhajat untuk memulakan perniagaan sebelum bergelar usahawan..

Sebagai usaha kecil saya dalam membantu anda membuat pilihan dan mensolusikan permasalahan ini, saya akan kongsikan pada anda apakah produk pilihan atau produk viral pada tahun 2015 ini.

Saya melihat dari kontek permintaan masyarakat dinegara ini mula beralih kepada produk produk pemakanan dan minuman, terutama produk yang menitik beratkan tentang amalan pemakanan dan minuman sunnah.Sbg cth; produk2 minuman yang diekstrakkan dengan buah kurma, kismis, madu , arabic gum dan sebagainya...

Jika anda tanya saya, apakah pilihan saya?..saya akan jawab, saya memilih produk minuman nutri malt yang berkonsepkan minuman koko minda dan diekstrak dengan ramuan sunnah seperti kurma, madu, kismis dan sebagainya...

Semoga anda mendapat sedikit maklumat melalui perkongsian ini...

Sunday 14 June 2015

Pengenalan

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.Bersyukur kehadrat Allah S.W.T. Saya masih lagi diberi nikmat sihat dan Umur yg panjang untuk saya hasilkan sebuah blog ini. Disini saya akan cuba berkongsi mengenai PINTU REZEKI melalui perniagaan yang mana kita semua sedar 9/10 sumber rezeki itu datangnya dari perniagaan. Semoga ilmu yang saya ada ini dapat membantu mereka diluar sana membuat pilihan dalam membuat keputusan untuk menceburkan diri dalam dunia Perniagaan.